Salam... Majlis Pernikahan Nadzim & Rossyiedawati berlangsung di rumah perempuan di Kampung Terusan Seberang, Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 5 Disember 2009... untuk perkhwinan mereka, saya pun tidak pasti kenapa saya begitu teruja untuk menembak gambar... mungkin disebabkan berada di negeri sendiri... dah biasa menembak gambar di negeri orang, bila negeri sendiri, semua perasaan ada... tambahan, majlis sederhana dengan suasana kampung, memang saya betul-betul selesa dengan masyarakat sekeliling... majlis pernikahan mereka betul-betul menguji minda saya... berbekalkan ruang yang tidak begitu luas seperti majlis pernikahan yang berlangsung di masjid, dengan hadirnya tetamu yang ramai sampai sesak segala ruang yang ada, pergerakan saya sememangnya agak terhad... situasi begini bukanlah penghalang, malah saya lebih suka berfikir untuk mendapatkan gambar yang terbaik dengan sedikit ruang yang saya ada... Alhamdulillah... ramai yang faham kerja saya sebagai jurugambar mereka dan sedia memberikan laluan... walaupun tak dapat banyak gambar menarik masa majlis pernikahan, tetapi saya anggap saya berjaya laksanakan tugas dengan baik walaupun terdapat beberapa halangan... paling best lepas majlis nikah, orang lain pergi makan, saya pula pinjam cincin pengantin... terus....... SNAP! SNAP! SNAP! puas...........
jadi, ini ada sedikit gambar yang boleh saya kongsikan di sini... harap-harap pengantin puas hati dengan hasil kerja saya... enjoice! =)















*Special thanks to Asyraf Aziz yang sudi temankan saya pergi majlis nikah ni... semoga kita berjumpa lagi sahabat... =)
SYAZWAN YAZID
Photographer
Phone : 012-2102602
Email : syazwan_ipgmkp@yahoo.com
Website / Gallery : http://www.syazwanyazid.com/












































